Tuesday, March 22, 2011

Melembutkan Hati Rakan yang Panas Baran

Tidak ada orang di dunia ini dilahirkan sempurna, jadi dalam persahabatan kita  wajib menerima hakikat tersebut tambahan lagi jika rakan kamu seorang yang pemarah, sensitif atau lebih tepat…PANAS BARAN. Sebagai   sahabat, jangan terus sisihkan dia walaupun sikapnya mengecewakan kita. Masih ada cara untuk menghadapi sahabat yang bersikap sedemikian. Tetapi bagaimana caranya? 

1 Bersabar
Perkara paling penting ialah kita harus punya sifat sabar yang tinggi untuk berhadapan dengan rakan yang beremosi. Apa      sahaja yang keluar dari mulutnya ketika dia marah terutamanya yang tidak sedap didengar kita perlu abaikan dan tidak ambil hati. Anggap sahaja yang katanya tidak dari hati tetapi kerana sifatnya yang tak mampu mengawal kemarahan.



2Menasihatinya dengan cara yang baik
Cari masa yang sesuai untuk anda menasihatinya agar dia berubah sikap. Namun sampaikannya dengan nada dan cara yang bijak serta pendekatan yang menimbulkan rasa simpati. ELAKKAN DARIPADA MELUAHKAN DENGAN NADA MENGKRITIK. Langkah yang betul tentunya membuatkan dia menghargai setiap nasihat yang kamu berikan dengan hati yang terbuka.

3Elakkan bertegang urat
Biarpun mungkin ada pendapatnya yang kamu tidak bersetuju namun elaklah dari bertegang urat dengannya. Mungkin niat kamu baik untuk menegakkan kebenaran ataupun mahu dia sedar akan kesalahannya namun dengan orang yang agak emosi tidak sesuai kamu bertindak demikian kerana orang beremosi apabila marah akan bertindak di luar jangkaan. Berdiam adalah cara paling baik untuk memberitahu bahawa kamu setuju dengan cara dan apa yang dikatanya. Kemudian setelah dia makin tenang barulah kamu sampaikan apa yang terpendam dalam hatimu.

4Elak bergurau yang terlampau
Orang yang bersifat emosi jiwanya ‘over’ sensitif. Biarpun kamu sebenarnya hanya bergurau tetapi dia anggap yang gurauanmu itu serius. Andai kamu mahu bergurau, pastikan topiknya berkaitan dengan orang yang dia tidak kenali atau diri kamu sahaja.



No comments:

Post a Comment