Sejarah SMK KBSR


SMK kampung baru si rusa merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di daerah Port Dickson iaitu kira-kira 10 km dari bandar port dickson.Sekolah ini terletak di kawasan yang majoritinya penduduk melayu.Selain itu,kedudukkan sekolah ini juga berhampiran dengan kem-kem tentera dan pantai saujana yang menjadi tumpuan pelancong khususnya pada hujung minggu.


SMK kampung baru si rusa telah ditubuhkan pada 1 Januari 2004.Tokoh tempatan yang telah berusaha bagi mewujudkan sekolah ini ialah En.Bahrudin Bin Haji Yusoff.Pada awalnya sekolah ini telah menumpang di premis SMK Bukit Saujana.SMK kampung baru si rusa mula beroperasi dengan premis sendiri pada 3 Januari 2005.sekolah ini di bina di atas tapak tanah yang berkeluasan 14 ekar,dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.Dibawah tanggungjawab syarikat Jaya Zira Enterprise,kemudahan asas yang terdiri daripada 13 blok bangunan iaitu 1 blok pentadbiran,5 bilik makmal sains,2 buah makmal komputer,sebuah klinik,sebuah bilik peperiksaan,sebuah bilik muzik,sebuah bilik pengawas,sebuah bilik guru,3 blok bilik darjah,sebuah kantin,sebuah surau,2 blok bengkel bilik kemahiran hidup,sebuah dewan besar dan rumah guru telah siap.


Kumpulan guru awal ialah seramai 27 orang manakala kumpulan pelajar awal seramai 360 orang.Bilangan guru dan pelajar semakin bertambah sehingga ke hari ini.Pengetua yang pertama ialah EN.Md Fiah Bin Md Jamin manakala GPK1 yang pertama ialah Pn.Hjh Siti Ruhana Bte Ariffin.GPK HEM yang teawal ialah Pn Reha Bte Masngadi dan GPK Koko terawal ialah Tn. Haji Romeli Bin Hassan.  
        

SMK KBSR telah melalui era perubahan pentadbiran mulai 2005.Pada tahun 2005,Pn.Hjh Rabiah Bte Ramli telah menjadi GPK HEM kedua,Tuan Haji Khidzer Bin Ahmad telah mengantikan pengetua pertama pada tahun 2006 dan Pn.Reha Masngadi telah menjawat  jawatan GPK kanan pada tahun 2007.Bilangan staf terus meningkat dengan tambahan kelas secara mendadak.Pada tahun 2008 sahaja bilangan kelas telah bertambah sebanyak 35 buah dan bilangan guru seramai 70 orang.