Monday, March 28, 2011

Kuasa Fokus Senjata Rahsia Pelajar Cemerlang



Pemahaman dalam kelas
Sebahagian besar masa seorang pelajar banyak dihabiskan di dalam kelas. Adakah anda bersetuju? Jika waktu pembelajaran kelas berjaya dioptimumkan, ia adalah permulaan yang baik untuk menjadi pelajar cemerlang. Tetapi jika anda gagal menggunakannya dengan sebaik mungkin, Mungkin bab kali ini dapat membantu anda.

Pengenalan
Fokus bereti konsentrasi, tumpuan dan fikiran yang tajam terhadap sesuatu yang diajar. Ia adalah perkara yang paling asas apabila otak ingin memahami sesuatu. Adalah sukar untuk otak memahami sesuatu yang tidak difokuskan. Otak perlukan focus, barulah ia dapat memproses sesuatu data. Setelah diproses, data tersebut akan ’didaftarkan’ sebagai satu memori. Tanpa fokus, otak kita mungkin tidak dapat memproses sesuatu data. Oleh itu, bab kali ini ingin berkongsi dengan anda teknik ringkas bagaimana untuk meningkatkan tumpuan anda. 

1 Berfikiran positif
Anggapkan masa mengulangkaji pelajaran sebagai masa untuk mempelajari sesuatu, bukan untuk melaksanakan  tugasan-tugasan yang sukar. Jika anda asyik memfokuskan fikiran kepada kesukaan dan kepayahan, otak anda akan menjadi penat sebelum anda memulakan sesuatu kerja. Bayangkan anda mencuba keupayaan diri, belajar dari sesuatu yang baru, dan mempertingkatkan diri sendiri.

  

2 Jangan pedulikan kebisingan di sekeliling
Anda tidak boleh elakkan kebisingan. Hanya tempat dan waku tertentu sahaja anda boleh mendapatkannya, tetapi ia bukannya mudah. Jangan jadi terlalu cerewet. Bersedialah untuk belajar di tempat yang agak bising. Gunakan kaedah ’jangan jaga tepi kain orang’ jika anda ingin ’mengasingkan diri’ daripada segala kebisingan itu.

3 Gunakan kaedah “Labah-Labah”
Jika anda membaling segumpal kertas ke sarang labah-labah, labah-labah akan mengesan satu bentuk gegaran lantas bergegas ke tempat itu. Apabila ia dapati hanya segumpal kertas, ia akan berpatah balik. Jika anda membaling kertas untuk kali kedua, labah-labah itu tidak akan bergegas lagi, kerana dia tahu jenis  gegaran kertas yang tidak boleh dimakan. Begitu juga dengan anda, jika anda sedang belajar di perpustakaan, pasti ada orang yang lalu-lalang membuka pintu, membelek-belek buku atau berbisik. Cukuplah hanya sekali anda memandang ke arah mereka, selepas itu abaikan mereka. Jadilah seperti labah-labah yang tidak “tertipu” untuk kali kedua.


No comments:

Post a Comment