Tentang SMK KBSR

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa


Moto Sekolah
Berilmu, Beriman dan Berwawasan

Misi
Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Maksud Lambang pada logo sekolah
Bulan dan bintang melambangkan keimanan yang menjadi pegangan pelajar.

Komputer melambangkan kemajuan maklumat global dan perlu dikuasai.

Buku melambangkan kegigihan dan ketekunan pelajar SMK Kampung Baru Si Rusa  dalam menuntut ilmu bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik, jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Lambang gelung bererti kecemerlangan dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Lambang “V” melambangkan warga SMK Kampung Baru Si Rusa mempunyai wawasan ke arah kecemerlangan.

Lambang “Q” pada bentuk luar menggambarkan pentingnya kualiti dalam setiap tindakan dan dapatan. SMK Kampung Baru Si Rusa akan sentiasa berusaha ke arah kualiti.

Lagu Sekolah
Kami..
Warga SMK Kampung Baru,
Berikrar dan berjanji,
Akan berusaha penuh setia
Demi keluarga bangsa negara

Kepada..
Guru serta negara
Saksikanlah janji kami,
Berilmu beriman dan berwawasan demi kecemerlangan

Kami..
Putera puteri negara jaya
Akan cekal berusaha
Mencapai wawasan negara terbilang
Cemerlang dalam segala bidang