Wednesday, March 30, 2011

Kelebihan Kismis



Kita tidak perlu menjadi seorang pengembara atau seorang pendaki untuk mengiktiraf kismis sebagai satu jenis makanan yang ajaib. Ini kerana kismis adalah makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi dan rendah kandungan lemak serta kolesterol juga selalu diambil oleh para pengembara dalam mengekalkan stamina mereka. Kismis adalah makanan yang mudah untuk diuruskan dan hampir tidak akan menjadi benyek. sepertimana buah buahan kering yang lain, kismis begitu mudah didapati sepanjang tahun. Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur sama ada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar. Antara jenis2 kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante Currant, Muscat dan Thompson seedless.Kismis mempunyai saiz sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal. Ia juga mempunyai rasa yang manis seperti gula. Kismis selalunya berwarna perang dan biru seakan hitam. Nama saintifik bagi kismis adalah Vitus vinifera. Antara khasiat kismis adalah seperti berikut :

Membantu menajamkan Minda:


Kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yeng terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ringkas ini telah dikenal pasti dapt meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.


Jika kita lemah dalam matapelajaran Matematik, amalkan pengambilan kismis setiap pagi sebelum ke kelas atau kuliah. Ingat! Anda dilarang mengambil nasi lemak ketika hendak belajar kerana ia mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Pencernaan lemak memerlukan kandungan darah beroksigen yang tinggi. Jadi darah yang diperlukan oleh otak telah digunakan untuk mencernakan lemak kepada sumber tenaga. Itulah sebabnya kita akan mengantuk selepas makan nasi lemak(Otak kekurangan oksigen). Imam Zuhdi berkata, ” Sesiapa yang ingin menghafal hadith(menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering”.

Perlindungan Antioksida :

kismis bukan sahaja menjadi bahan ujikaji kajian “phytonutrient” kerana mereka mengandungi Phenol, bahkan mereka merupakan sumber alternatif mineral boron bagi rakyat sedunia. Phenol yang dijumpai di dalam kismis mempunyai aktiviti antioksida. Boleh dikatakan aktiviti antioksida bagi hampir semua buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sejajar dengan aktiviti antioksida yang terdapat didalam kismis. hebat bukan ?

kismis dikategorikan sebagai salah satu daripada buah-buahan yang kaya dengan anti0ksida selain buah prun dan aprikot. Flavonol, salah satu jenis phenol daripada keluarga flavonoid dikatakan hampir tidak terjejas kandungannya ketika proses pengeringan anggur tetapi kandungan phenol di dalam kismis adalah lebih rendah daripada anggur. Ini disebabkan kebanyakan daripada phenol telah dimusnahkan dalam proses penukaran anggur kepada kismis. Phenol-phenol ini adalah hydroxycinnamics (asid kaftarid dan kautarid), procyanidins dan flavan-3-ols.


Boron untuk tulang yang sihat:



Walaupan jarang kita dengar tentng kepentingan boron dalam kehidupan kita tetapi disini saya ingin menerangkan bahawa boron berkait rapat dengan wanita iaitu kesihatan tulang dan Osteoporosis(tulang rapuh). Boron merupakan mineral yang diperlukan bagi menukar Estrogen dan Vitamin D kepada bentuk paling aktif(17-beta-estradiol dan 1,25-(OH)2D3). Kandungan estrogen yang menurun selepas Menopause menyebabkan Osteoclast menjadi sensitif terhadap hormon paratiroid( terletak di leher) yang memberi isyarat kepada mereka untuk merapuhkan tulang. Kajian menunjukkan bahawa boron memberikan perlindungan daripada Osteoporosis dan mengembalikan semula kebanyakan efek positif Estrogen kepada wanita yang telah Menopause. Kismis merupakan antara “top 50″ penyumbang      terbesar bagi Boron di Amerika Syarikat.


Cara cepat dan mudah untuk menghafal Al-Quran





Segala puji Bagi Allah Rabb semesta alam, shalawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita Muhammad SAW. Dalam tulisan ini akan kami kemukakan cara termudah untuk menghafalkan al quran. Keistimewaan teori ini adalah kuatnya hafalan yang akan diperoleh seseorang disertai cepatnya waktu yang ditempuh untuk mengkhatamkan al-Quran. Teori ini sangat mudah untukdi praktekan dan insya Allah akan sangat membantu bagi siapa saja yang ingin menghafal Al Qur’an.

Disini akan kami bawakan contoh praktis dalam mempertekannya. Misalnya saja jika anda ingin menghafalkan surat an-nisa, maka anda bisa mengikuti teori berikut ini:

-Pertama, Bacalah ayat pertama 20 kali
-Kedua, Bacalah ayat kedua20 kali
-Ketiga, Bacalah ayat ketiga 20 kali
-Keempat, Bacalah ayat keempat 20 kali
-Kelima, Kemudian membaca 4ayat diatas dari awal hingga akhir menggabungkannya sebanyak 20 kali.                                                                                                                                                 -Keenam, Bacalah ayat kelima 20 kali
-Ketujuh, Bacalah ayat keenam 20 kali
-Kedelapan, Bacalah ayat ketujuh 20 kali
-Kesembilan, Bacalah ayat kedelapan 20 kali
-Kesebelas, Kemudian membaca ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.
-Keduabelas, Bacalahayat ke 1 hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

Demikian seterusnya hingga selesai seluruh al Quran, dan jangan sampai menghafal dalam sehari lebih dari seperdelapan juz, agar tidak berat bagi anda untuk mengulang dan menjaganya.

Dipetik dari buku Cara Cepat Menghafal Al Qur’an karya: Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi)

Monday, March 28, 2011

Kuasa Fokus Senjata Rahsia Pelajar Cemerlang



Pemahaman dalam kelas
Sebahagian besar masa seorang pelajar banyak dihabiskan di dalam kelas. Adakah anda bersetuju? Jika waktu pembelajaran kelas berjaya dioptimumkan, ia adalah permulaan yang baik untuk menjadi pelajar cemerlang. Tetapi jika anda gagal menggunakannya dengan sebaik mungkin, Mungkin bab kali ini dapat membantu anda.

Pengenalan
Fokus bereti konsentrasi, tumpuan dan fikiran yang tajam terhadap sesuatu yang diajar. Ia adalah perkara yang paling asas apabila otak ingin memahami sesuatu. Adalah sukar untuk otak memahami sesuatu yang tidak difokuskan. Otak perlukan focus, barulah ia dapat memproses sesuatu data. Setelah diproses, data tersebut akan ’didaftarkan’ sebagai satu memori. Tanpa fokus, otak kita mungkin tidak dapat memproses sesuatu data. Oleh itu, bab kali ini ingin berkongsi dengan anda teknik ringkas bagaimana untuk meningkatkan tumpuan anda. 

1 Berfikiran positif
Anggapkan masa mengulangkaji pelajaran sebagai masa untuk mempelajari sesuatu, bukan untuk melaksanakan  tugasan-tugasan yang sukar. Jika anda asyik memfokuskan fikiran kepada kesukaan dan kepayahan, otak anda akan menjadi penat sebelum anda memulakan sesuatu kerja. Bayangkan anda mencuba keupayaan diri, belajar dari sesuatu yang baru, dan mempertingkatkan diri sendiri.

  

2 Jangan pedulikan kebisingan di sekeliling
Anda tidak boleh elakkan kebisingan. Hanya tempat dan waku tertentu sahaja anda boleh mendapatkannya, tetapi ia bukannya mudah. Jangan jadi terlalu cerewet. Bersedialah untuk belajar di tempat yang agak bising. Gunakan kaedah ’jangan jaga tepi kain orang’ jika anda ingin ’mengasingkan diri’ daripada segala kebisingan itu.

3 Gunakan kaedah “Labah-Labah”
Jika anda membaling segumpal kertas ke sarang labah-labah, labah-labah akan mengesan satu bentuk gegaran lantas bergegas ke tempat itu. Apabila ia dapati hanya segumpal kertas, ia akan berpatah balik. Jika anda membaling kertas untuk kali kedua, labah-labah itu tidak akan bergegas lagi, kerana dia tahu jenis  gegaran kertas yang tidak boleh dimakan. Begitu juga dengan anda, jika anda sedang belajar di perpustakaan, pasti ada orang yang lalu-lalang membuka pintu, membelek-belek buku atau berbisik. Cukuplah hanya sekali anda memandang ke arah mereka, selepas itu abaikan mereka. Jadilah seperti labah-labah yang tidak “tertipu” untuk kali kedua.


Tuesday, March 22, 2011

Melembutkan Hati Rakan yang Panas Baran

Tidak ada orang di dunia ini dilahirkan sempurna, jadi dalam persahabatan kita  wajib menerima hakikat tersebut tambahan lagi jika rakan kamu seorang yang pemarah, sensitif atau lebih tepat…PANAS BARAN. Sebagai   sahabat, jangan terus sisihkan dia walaupun sikapnya mengecewakan kita. Masih ada cara untuk menghadapi sahabat yang bersikap sedemikian. Tetapi bagaimana caranya? 

1 Bersabar
Perkara paling penting ialah kita harus punya sifat sabar yang tinggi untuk berhadapan dengan rakan yang beremosi. Apa      sahaja yang keluar dari mulutnya ketika dia marah terutamanya yang tidak sedap didengar kita perlu abaikan dan tidak ambil hati. Anggap sahaja yang katanya tidak dari hati tetapi kerana sifatnya yang tak mampu mengawal kemarahan.



2Menasihatinya dengan cara yang baik
Cari masa yang sesuai untuk anda menasihatinya agar dia berubah sikap. Namun sampaikannya dengan nada dan cara yang bijak serta pendekatan yang menimbulkan rasa simpati. ELAKKAN DARIPADA MELUAHKAN DENGAN NADA MENGKRITIK. Langkah yang betul tentunya membuatkan dia menghargai setiap nasihat yang kamu berikan dengan hati yang terbuka.

3Elakkan bertegang urat
Biarpun mungkin ada pendapatnya yang kamu tidak bersetuju namun elaklah dari bertegang urat dengannya. Mungkin niat kamu baik untuk menegakkan kebenaran ataupun mahu dia sedar akan kesalahannya namun dengan orang yang agak emosi tidak sesuai kamu bertindak demikian kerana orang beremosi apabila marah akan bertindak di luar jangkaan. Berdiam adalah cara paling baik untuk memberitahu bahawa kamu setuju dengan cara dan apa yang dikatanya. Kemudian setelah dia makin tenang barulah kamu sampaikan apa yang terpendam dalam hatimu.

4Elak bergurau yang terlampau
Orang yang bersifat emosi jiwanya ‘over’ sensitif. Biarpun kamu sebenarnya hanya bergurau tetapi dia anggap yang gurauanmu itu serius. Andai kamu mahu bergurau, pastikan topiknya berkaitan dengan orang yang dia tidak kenali atau diri kamu sahaja.