Friday, April 8, 2011

Makanan yang menguatkan daya ingatan


Otak seperti juga   bahagian tubuh yang lain, memerlukan latihan  fizikal dan mental bersama-sama dengan nutrisi khusus untuk meningkatkan kekuatan daya ingatan dan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan otak, terutamanya pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan PMR nanti. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh melemahkan daya ingatan dan memberi kesan kepada system saraf serta kesihatan badan.

MADU
Madu ialah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai syifa iaitu penyenbuh penyakit dan dijadikan makanan kesihatan, kerana kandungan pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan  mental individu serta memupuk tenaga fizikal individu. Madu dapat mengelakkan kepenatan otak apabila berfikir, membaca, mengira, merancang dan lain-lain. 

-TIPS-
Pelajar harus mengambil madu sebanyak dua sudu teh pada waktu pagi dan malam, serta dilarang memakan tembikai semasa menggunakan madu.


SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan kerana dapat menguatkan daya ingatan, membekalkan tenaga untuk mental dan fizikal kerana susu mengandungi tiga unsure semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang diperlukan  untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang sesuai untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri atau lembu yang segar. Pelajar harus mengambil sekurang-kurangnya segelas susu pada waktu pagi dan malam.


HALIA
Sangat mujarab untuk gejala kelupaan, boleh dimakan sama ada mentah atau dibuat manisan, dengan memakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


GINKGO
Digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingatan sejak dahulu kala. Menurut seorang saintis terkenal, ginkgo boleh memperbaiki peredaran darah ke otak dengan membersarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.


KACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistasio dan lain-lain. Kacang pistasio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak kerana mengandungi protein yang tinggi.

No comments:

Post a Comment